Gam


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertemu kita lagi pada hari ini, saat ini, detik ini bla bla blaaa... So hari ni aku nak cerita pasal gam. Disebabkan aku dah settled kan assignment and quiz yang ke-3 so why not aku layan blog pula. 

Dalam dunia ni ada bermacam-macam gam, gam gajah, gam paip, gambar *k gurau*. Tapi ada juga sebilangan orang yang menyalahgunakan gam. Korang mesti faham kan? Ada yang ambil gam tu dan hidup dan membuatkan induvidu ini ketagih dengan bau gam. Ada yang hidu gam kasut, gam paip lah. Macam-macam lagi lah. So fikir positif, nak hidup lama, nak sihat, jangan lah buat perkara-perkara yang memudaratkan diri k. 

Ok korang kenal dengan benda dekat atas tu? Tak kan tak kenal? Hahaha lejen gila kot gam ni. Zaman sekarang ni ada lagi ke gam ni? Aku rasa ada lagi, last aku tgok gam ni masa lect aku dok tolong aku tampal tampal kertas apa tah, dia keluar kan gam ni. Pergh memang terbaik lah, sebab gam ni mengimbau kembali zaman kecil aku. Aku saja buat entry pasal gam kali ni. Sebab aku nak korang pun mengimbau kenangan lalu!!! *GELAK JAHAT*

Jap, aku nak korang hadam benda ni pulak .....

*dulu dulu punya fikiran, bila miskin pakai gam 20sen, bila kaya pakai gam lipstik, bila permurah gam nya gila besar, satu kelas boleh pakai, selalunya cikgu lah yang bawa*

Dulu masa sekolah rendah, semua alat tulis kena ada, lengkap. Lepas naik sekolah menengah takde dah nak macam tu. Pergi sekolah bawa dua tiga batang pen je, yang lain semua pinjam member sebelah. Ikut nasib lah kalau member sebelah tu permurah. Lagi lagi bab pemadam. Hahaha hari hari hilang, hari hari pemadam baru. Selalu yang hilang memti golongan orang perempuan. Sebab perempuan je yang rajin bawa pencil case. Haih rindu betul.


P/s : zaman sekolah lah zaman yang paling seronok. So kepada para pelajar nikmatilah zaman sekolah anda, hanya berlaku sekali dalam seumur hidup haha